PENANTIAN peminat gajet telah berakhir setelah Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8+ dilancarkan pada 29 Mac lalu. Kedua-keduanya akan mula dikeluarkan pada 21 April dan didatangkan dalam warna hitam Midnight, kelabu Orchid, perak Arctic, biru Coral dan Maple keemasan.
Semasa pelancarannya, Samsung menekankan bahawa Galaxy S8 merupakan “permulaan era baru”. Syarikat itu juga menunjukkan pembantu virtual Samsung, Bixby yang akan bersaing dengan pembantu virtual lain yang dikuasakan oleh artificial intelligence termasuk Apple Siri, Google Assistant, Microsoft Cortana dan Alexa. Galaxy S8 akan didatangkan dengan aplikasi yang serasi dengan Bixby.
Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8+ menampilkan pengesan iris. Pengesan biometric ini mengesan iris untuk membuka kunci telefon, mengesahkan akaun Samsung dan lain-lain. Pengguna juga boleh memilih pengesan wajah. Sehubungan dengan itu, kedua-dua telefon pintar mempunyai pengesan cap jari yang terletak di bahagian belakang.


Samsung DeX
Samsung juga telah memperkenalkan ciri seperti Microsoft Continuum, iaitu Samsung DeX yang akan membolehkan para pengguna menggunakan telefon pintar seperti komputer. Untuk menggunakannya, para pengguna perlu menyambung telefon pintar Samsung ke DeX Station, yang akan menyambung telefon pintar itu ke monitor yang sesuai dengan HDMI. Telefon pintar itu juga akan disambungkan terus ke USB atau papan kekunci jenis RF dan tetikus.
Dengan alat terbaru ini, para pengguna Galaxy S8 and Galaxy S8+ dapat mengakses aplikasi dan Internet serta menghantar mesej. Samsung Dex menyokong papan kekunci dan gerakan tetikus. DeX Station juga menampilkan ciri teknologi Penyesuaian Pengecasan Pantas (AFC) untuk mengecas telefon pintar Samsung semasa disambung ke dok.
Galaxy S8 and S8+ juga boleh disambung dengan Gear 360 baru untuk menghasilkan video-video 4K 360 darjah dan gambar-gambar 15 megapiksel. Ia juga menyokong Gear VR baru dengan pengawalnya.
Spesifikasi
Sama seperti Galaxy S7, Galaxy S8 dan Galaxy S8+ kalis habuk dan air dengan pensijilan IP68. Kedua-dua telefon pintar dijanakan oleh Antara muka Pengguna (UI) Android 7.0 Nougat.
Samsung Galaxy S8 mempunyai paparan 5.8 inci QHD+ (1440×2960 piksel) Super AMOLED sementara Galaxy S8+ menampilkan paparan 6.2 inci QHD+ (1440×2960) Super AMOLED. Samsung menggelarnya Infinity Displays (Paparan Infiniti) dan kedua-duanya dilindungi oleh Kaca 5 Corning Gorilla. Samsung juga mengatakan bahawa telefon pintar tersebut merupakan yang pertama disahkan oleh UHD Alliance sebagai Telefon pintar HDR Premium.
Kedua-dua telefon pintar mempunyai kamera belakang ‘Dual Pixel’ 12-megapiksel dengan penstabilan imej optikal dan apertur f/1.7. Di bahagian depannya pula menampilkan kamera 8 megapiksel dengan pemfokusan automatik dan apertur f/1.7.
Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8+ dikuasakan oleh Snapdragon Qualcomm terbaru 835 SoC (2.3GHz Quad + 1.7GHz Quad) di Amerika Syarikat sementara dalam kebanyakan pasaran antarabangsa lain, kedua-dua telefon pintar akan dikuasakan oleh Exynos 8895 SoC (2.35 GHz Quad + 1.9 GHz Quad).
Kedua-duanya didatangkan dengan RAM 4GB dan penyimpanan dalaman 64GB yang dapat ditambah sehingga 256 GB melalui kad microSD.
Sementara itu, Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8+ mempunyai pilihan sambungan 4G LTE (Cat. 16), Wi-Fi 802.11ac (2.4GHz, 5GHz), Bluetooth v5.0, USB Type-C, NFC dan GPS. Ia juga mempunyai pengesan accelerometer, pengesan cahaya sekeliling, barometer, gyroscope, pengesan kadar denyutan nadi, magnetometer, dan pengesan jarak. Kedua-duanya juga menyokong Samsung Pay dengan NFC dan sambungan MST.
Samsung Galaxy S8 and Galaxy S8+ menyokong pengecasan tanpa wayar dan juga pengecasan pantas. Galaxy S8 mempunyai bateri 3000 mAh dan berukuran 148.9×68.1x8mm dengan berat 155 gram. Manakala Galaxy S8+ mempunyai bateri sebesar 3500mAh dan berukuran 159.5×73.4×8.1mm dengan berat 173 gram.
Kedua-dua telefon pintar akan didatangkan dengan fon telinga prestasi tinggi yang ditiunkan oleh AKG oleh Harman. Ia dikatakan mempunyai “saluran hybrid yang memberikan pengurangan bunyi sekeliling dengan lebih baik”, dan ia dibuat dengan material fabrik logam anti lilit.
Telefon pintar tersebut juga didatangkan dengan aplikasi Samsung Connect yang membantu mengawal kesesuaian peranti-peranti IoT.
“Samsung Galaxy S8 and S8+ akan memulakan era baru dalam rekaan dan perkhidmatan telefon pintar, yang akan memberikan cara baru untuk para pengguna menerokai dunia,” kata DJ Koh, Presiden Perniagaan Komunikasi Mudah Alih, Samsung Electronics. “Galaxy S8 and S8+ adalah bukti yang kami berikan untuk mendapatkan kembali kepercayaan pengguna dengan menunjukkan keselamatan, ini juga menandakan pencapaian baru dalam legasi telefon pintar Samsung.”