Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penantian Hamburg sertai semula Bundesliga dipanjangkan

    HAMBURG, 6 JUN – Stuttgart menamatkan harapan terakhir Hamburger SV untuk kembali ke Bundesliga tahun ini dengan memenangi perlawanan kedua ‘playoff’ mereka 3-1, semalam.

    Enzo Millot menjaringkan dua gol dan Silas Katompa Mvumpa meraih satu lagi untuk membatalkan gol pembukaan Sonny Kittel dan memastikan kemenangan agregat 6-1 untuk pasukan divisyen satu itu.

    Ia adalah kegagalan kedua berturut-turut Hamburg untuk meraih promosi dalam ‘playoff’ menentang pasukan yang menduduki tempat ketiga dari bawah dalam Bundesliga, Stuttgart, dan ia mengekalkan Hamburg ke musim keenam di divisyen kedua sejak diturunkan pada 2018. – AP

    Pemain Stuttgart meraikan gol Enzo Millot semasa pusingan kedua perlawanan ‘playoff’ Bundesliga antara Hamburger SV dan VfB Stuttgart di Volksparkstadion, Hamburg, Jerman, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda