Oleh Nurdiyanah R. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Dalam memeriahkan Hari Kebangsaan Singapura, sekumpulan penari terlatih tempatan seramai 17 orang berusia dalam lingkungan enam hingga 13 tahun telah menyahut cabaran dalam International Youth Dance Competition (IYDC) berlangsung di University Cultural Center (UCC), National University Singapura (NUS).
Para peserta yang mengikuti latihan bersama Elite Dance Coaching (EDC) di The Peak Club selama lebih enam bulan telah menyerlahkan dedikasi, keazaman dan kerja berpasukan mereka sehingga membuahkan hasil kerana semua penyertaan merangkumi kategori solo, duo, trio dan kumpulan kecil telah merangkul beberapa kejayaan yang begitu membanggakan.
Mereka telah berjaya menerima hadiah-hadiah merangkumi satu trofi penjaring terbanyak, dua trofi perak dan tiga trofi gangsa serta 23 pingat gangsa dan 30 pingat perak.
IYDC bertujuan untuk memupuk golongan penari belia melalui pertandingan tarian yang memberi peluang mereka untuk belajar daripada golongan pendidik tarian antarabangsa yang terkenal, dan mengadakan pertukaran budaya mesra dengan penari dari pelbagai pelosok dunia.
Dengan peraturan tanpa latihan pentas sebelum pertandingan sebenar, ia sekali gus memperlihatkan pencapaian yang menakjubkan untuk para penari muda bagi mengekalkan formasi dan menghafal pelbagai tarian serta menyesuaikan diri ke pentas yang besar dan bersaing dengan lebih 400 orang pesaing berpengalaman dari Hong Kong, China, Thailand, Singapura dan Brunei.
Dalam penyertaan solo telah menyaksikan debut solo pertama yang menakjubkan dalam Novice Ballet di mana para peserta tempatan terdiri daripada Aisyah Chen Wen Kui berusia enam tahun memenangi pingat gangsa; Dayang Suri Aayla binti Mohd Suhardi berumur 10 tahun menerima pingat gangsa; Adella Han Sze Sze berusia 13 tahun menerima pingat gangsa; dan Anugerah Penjaring Terbanyak dan Anugerah Perak telah dirangkul oleh Mahdiya Townsend yang berusia 13 tahun.
Manakala pencapaian peserta-peserta tanah air yang bertanding Ballet Solo dalam kategori berpengalaman, terdiri daripada dua orang peserta tempatan Tahap 1 berusia lapan tahun, Chin Mei Sze dan Dayang Azra Amani Majeedah binti Mohd Amiruddin, masing-masing dianugerahkan gangsa; dan tiga orang peserta Tahap 1 berusia sembilan tahun, Clara Elizabeth Narcis, Sophie Lim Shu Fei dan Phuoh Xin Jo masing-masing menerima anugerah gangsa. Bagi peserta Tahap 3 berusia 13 tahun, Dayang Nur Farhanah Qamarina Zahrah binti Mohd Fadhillah dan Leanne Isabella Steyn, masing-masing dianugerahkan gangsa.
Duo dan trio berumur sembilan tahun ke bawah, pasukan pendatang baharu terdiri daripada Khloey Tan Wan Xuan, Ong Yi Lyn dan Paige Emilia Ward Kaur Sekhon, sebagai Bridesmaid Trio, memperoleh gangsa manakala duo terdiri daripada Dayang Malai Arissa Balqis binti Sheikh Mohd Radzi dan Dayang Nur ‘Athiyah Zahra binti Mohd Faisal menerima perak untuk Beauty and the Beast.
Pesaing yang berpengalaman memenangi perak untuk duo dan trio berusia sembilan dan ke bawah; di mana Duo Lavender’s Blue oleh Aisyah Chen Wen Kui dan Arissa Chen Wen Yu; Duo Mermaid oleh Chin Mei Sze dan Dayang Azra Amani Majeedah; dan trio oleh Clara Elizabeth Narcis, Sophie Lim Shu Fei dan Phuoh Xin Jo untuk karya Neo-Classical.
Dalam kategori kumpulan kecil, para peserta Tahap 1 berusia enam tahun hingga sembilan tahun dengan balet bertajuk Butterfly membawa pulang perak terdiri daripada 12 pemain berpengalaman dan baharu iaitu Aisyah Chen Wen Kui, Arissa Chen Wen Yu, Dayang Azra Amani Majeedah, Chin Mei Sze, Clara Elizabeth Narcis, Khloey Tan Wan Xuan, Dayang Malai Arissa Balqis, Dayang Nur ‘Athiyah Zahra, Ong Yi Lyn, Paige Emilia Ward Kaur Sekhon, Phuoh Xin Jo dan Sophie Lim Shu Fei.
Lirik Stand Tall membawa pulang gangsa bersama pasukan enam orang penari Aisyah Chen Wen Kui, Arissa Chen Wen Yu, Khloey Tan Wan Xuan, Dayang Malai Arissa Balqis, Ong Yi Lyn dan Paige Emilia Ward Kaur Sekhon; dan Lirik Rescue membawa pulang perak bersama enam lagi penari Dayang Azra Amani Majeedah, Chin Mei Sze, Clara Elizabeth Narcis, Dayang Nur’ Athiyah Zahra, Phuoh Xin Jo dan Sophie Lim Shu Fei.
Pada Tahap 2, berusia 10 hingga 12 tahun, Symphony bersama penari Leanne Isabella Steyn, Mahdiya Townsend, Dayang Nur Farhanah Qamarina Zahrah dan Dayang Suri Aayla membawa pulang gangsa. Manakala para peserta Tahap 3 yang berusia 13 tahun dan ke atas Nutcracker: Reed Flutes bersama penari Adella Han Sze Sze, Leanne Isabella Steyn, Mahdiya Townsend dan Dayang Nur Farhanah Qamarina Zahrah membawa pulang gangsa.