Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Penarikan balik produk mentega kacang Jif

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JUN – Autoriti Makanan Brunei Darussalam (BDFA) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Pihak Berkuasa Dadah dan Makanan, Amerika Syarikat (AS FDA) telah menarik balik produk mentega kacang berjenama Jif kerana dikhuatiri tercemar dengan bakteria salmonela.

    Produk yang terbabit adalah terdiri daripada nombor kumpulan antara 1274425 hingga 2140425 iaitu hanya membabitkan tiga digit terakhir 425.

    BDFA telah menghubungi pengimport produk jenama berkaitan di Negara Brunei Darussalam dan telah mengesahkan bahawa jenama terbabit tidak diimport ke negara ini.

    Salmonela adalah sejenis bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan sekiranya terdapat dalam makanan seperti daging, ayam, telur, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang diproses jika aspek kebersihan diabaikan atau makanan tidak diproses dengan sempurna.

    BDFA juga dalam kenyataannya memaklumkan sepertimana yang diperuntukkan di bawah Bab 9 ceraian (1) sub-perenggan (i) Akta (Kesihatan Awam) (Makanan), (Penggal 182), sesiapa yang menyediakan, menjual atau mengimport makanan yang boleh memudaratkan kesihatan boleh dipenjara selama lima tahun atau suatu denda atau kedua-duanya sekali.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...