Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penasihat kesihatan bincang lulus pil Merck

    WASHINGTON, 30 NOV – Panel pakar kesihatan yang dilantik oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan pertemuan hari ini bagi memutuskan sama ada meluluskan pil Merck bagi merawat COVID-19, berpotensi memberi laluan untuk ubat tersebut tersedia dalam masa beberapa minggu.

    Molnupiravir, sudah diluluskan di Britain, menunjukkan kadar pengurangan jumlah pesakit dimasukkan ke hospital dan kematian di kalangan pesakit berisiko tinggi apabila ia diambil dengan segera selepas dijangkiti, menurut ujian klinikal.

    Tetapi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) akan mengadakan perjumpaan dan memutuskan sama ada memberikan kebenaran untuk penggunaan kecemasan (EUA) selepas jawatan kuasa mengadakan undian.

    Antaranya adalah potensi perkembangan kesan sampingan berbahaya, yang dilihat pada kajian ke atas tikus makmal dan arnab, dan sama ada wanita mengandung dibolehkan atau tidak untuk mendapatkan pil tersebut.

    Kanak-kanak tidak layak untuk diberikan pil dan FDA tidak merancang untuk membuat ujian pediatrik sehingga ia benar-benar selamat semasa ujian tikus makmal.

    Pertemuan itu diadakan selepas penurunan signifikan keputusan keberkesanan pil dalam menghalang kesan teruk COVID-19 bagi mereka yang berisiko dari 50 peratus kepada hanya 30 peratus.

    Rawatan antibodi monoklon, yang disuntik, menunjukkan pengurangan risiko teruk COVID-19 bagi pesakit berisiko tinggi sebanyak 70 peratus. Namun keputusan dijangka lebih tinggi dengan antiviral oral sebaik sahaja ia boleh didapati di farmasi selepas diberikan preskripsi.

    Pil Merck diambil dalam jumlah empat kapsul, dua kali sehari, dalam masa lima hari – dengan jumlah keseluruhan 40 pil.

    Ia didapati selamat semasa ujian klinikal, dengan kesan teruk lebih sering berlaku dalam kumpulan plasebo. – AFP

    Pil antiviral Molnupiravir yang dihasilkan oleh Merck. Pakar kesihatan akan mengadakan pertemuan untuk meluluskannya. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda