Saturday, March 29, 2025
30.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penat sekalipun Liza Abdullah tetap solat tarawih

    Setiap kali bulan Ramadan, pelakon Liza Abdullah memberitahu solat tarawih merupakan antara ibadah sunat yang akan dilakukan.

    Penat atau sibuk sekalipun, Liza atau Norliza Abdullah, 61, berkata dia tetap berusaha menyempurnakan ibadah yang hanya perlu dilakukan sebulan sekali sahaja itu.

    “Tarawih adalah hadiah terbesar Allah beri pada kita, ia istimewa sebab setahun hanya sebulan sahaja. Jadi penat macam mana pun selepas pulang bekerja saya tetap akan buat.

    “Saya sayang Ramadan kerana tarawihnya, paling penting istiqamah nak laksanakan,” katanya kepada mStar.

    Berkongsi kekuatan menjalani ibadah di bulan puasa, Liza memberitahu dia menganggap dirinya di dunia hanyalah untuk bekerja dan mencari bekalan pahala buat akhirat kelak.

    Malah, Liza menganggap doa adalah antara sumber kekuatannya untuk sentiasa kuat melakukan ibadah.

    “Bila dah makin berusia ni memang cepat penat, kadang-kadang tidur pun tak cukup. Tapi kena ingat yang dunia ini bukan tempat berehat sebaliknya di syurga nanti rehatlah puas-puas.

    “Bagi saya dunia ni tempat untuk kita manusia ni kejar akhirat, doa pada Allah agar sentiasa diberikan kekuatan selalu,” jelasnya. – Agensi

    Liza tetap solat tarawih walau penat macam mana sekalipun. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda