RUANG tamu menjadi cermin bagi si pemilik rumah, ruang tamu bersih dan indah bermaksud pemilik rumah adalah orang yang rapi.
Untuk itu setiap ruang tamu perlu dititikberatkan dari segi dekorasi dan penataannya dibandingkan dengan ruangan lain di pelbagai sudut rumah.
Ada banyak sekali penataan ruang tamu yang perlu untuk dinilai dan diperhatikan secara terperinci, mulai dari penataan perabot, perpaduan warna, tema yang diterapkan, hinggalah kepada pencahayaan lampu untuk ruang tamu tersebut.
Penataan cahaya juga amat penting kerana dengan bantuan cahaya maka ruangan tumpuan tersebut akan nampak berlainan dan efek daripada cahaya akan menyerlahkan sesuatu ruang terlihat mewah dan menawan berpandukan reka letak dan susun atur.
Pelbagai jenis pencahayaan boleh diletakkan di ruang tamu. Antara gabungan pencahayaan yang sering digayakan di ruang tamu adalah fixture recessed yang menyediakan fungsi sebagai pencahayaan umum, tugas dan accent. Perencanaan pencahayaan asas mengandungi tiga lapisan pencahayaan iaitu ambience (general), accent dan lampu tugas.
Lampu tugas perlu diletakkan di ruang yang mempunyai aliran trafik tinggi seperti di ruang tamu di mana anda melayan dan meraikan para tetamu.
Lampu juga perlu didekorasi secara minimum dan perlu dirancang, terutamanya bagi ruang tamu yang sering menjadi tumpuan utama.
Lampu boleh diletakkan di dalam ruang siling dan secara virtualnya tidak ketara kelihatan kerana hanya kerja kemasan sahaja yang kelihatan di ruang permukaan siling.
Sekiranya ruang siling yang rendah, pencahayaan jenis recessed adalah pilihan yang tepat berbanding fixture siling. Fixture merujuk kepada lampu tin kerana ia kelihatan seperti bentuk tin. Ia juga boleh didapati dalam bentuk down-lights, lampu accent yang boleh diubah dan juga lampu dinding.
Candelier turut menjadi pilihan pencahayaan dan dipilih kerana ia mampu menjadi elemen dekorasi yang memukau pandangan. Ia secara tradisionalnya dijadikan pilihan untuk digayakan pada ruang tamu kediaman.
Pencahayaan mudah alih seperti lampu meja dan lampu lantai boleh berfungsi memberi pelbagai fungsian pencahayaan secara menyeluruh bergantung pada penggunaannya.
Aplikasi lampu jenis halogen pada ruang tamu dapat memberikan mood ruang yang lebih mesra dan selesa sesuai dengan fungsinya sebagai ruang melayan tetamu.
Gunakan dimmer, selain membantu anda menjimatkan bil elektrik, dimmer boleh mengubah mood pada ruang dengan membenarkan anda menyesuaikan berapa banyak cahaya yang anda mahukan.
Jika ingin menonjolkan hasil seni, lampu spotlight yang diletakkan secara tepat dapat menonjolkan arca, gubahan bunga dan juga aksesori seni. – Agensi