Oleh Khairil Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mac – Kejohanan Pencak Silat Remaja Terbuka Kebangsaan Brunei Darussalam Tahun 2019 meneruskan lagi acaranya hari ini di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Dalam acara hari ini, Nur Wasiqah Aziemah binti Roshan daripada Perguruan Panca Sukma muncul juara dalam acara Seni Tunggal Wanita sementara Nur Amal Liyana binti Abdul Rahman daripada Skim Pencak Silat JBS Tutong meraih tempat kedua dan di tempat ketiga disandang oleh Nur Hadiyatul Syahera binti Sufian daripada Pencak Silat Sekolah Sukan
Manakala dalam acara Seni Ganda Lelaki, Mohammad Adli bin Mohd Azri dan Mohd Mahadir @ Banish Naqiuddin bin Mahmud daripada Sekolah Sukan muncul juara dalam acara tersebut dan tempat kedua diraih oleh Muhammad Aizad Syafuddin bin Haji Arman dan Muhammad Afif Aiman bin Jasmin daripada Persatuan G.S.G Gerak 41 di tempat ketiga.
Sementara Nor Julaila binti Haji Julihi dan Nor Julaikha binti Haji Julihi daripada Persatuan G.S.G Gerak 41 muncul juara dalam acara Seni Ganda Wanita sementara Nur Hadiyatul Syahera binti Sufian Nurul dan Nasyitati binti Hamzah daripada Pencak Silat Sekolah Sukan meraih tempat kedua.
Dalam acara Seni Tunggal Lelaki, Mohd Mahadir @ Danish Naqiuddin bin Mahmud daripada Pencak Silat Sekolah Sukan muncul johan dalam acara tersebut dan Awangku Muhd Hadi bin Pengiran Abdul Rahman daripada Persatuan Gagak Hitam dan Muhd Haziq Aqwa bin Muhd Iman Safwan daripada Perguruan Panca Sukma masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga.
