ACCARA, 6 Jan – Mohamed Salah dianugerahkan Pemain Terbaik Tahunan Afrika semalam selepas melalui perjalanan yang hebat pada 2017 di mana tonggak utama Mesir itu membantu negaranya layak ke Piala Dunia dan memulakan permulaan karier yang mantap di Liverpool.
Salah mengatasi rakan sepasukan Sadio Mane dari Senegal dan penyerang Borussia Dortmund dan Gabon Pierre-Emerick Aubameyang dalam acara Anugerah Konfederasi Bolasepak Afrika yang berlangsung di Accra, Ghana.
Pemain berusia 25 tahun itu akan sentiasa ingat tahun 2017 apabila membawa pasukan Mesir ke perlawanan akhir Piala Benua Afrika pada Februari lalu.
Salah juga tersenarai dalam penjaring terbanyak dalam pusingan terakhir kelayakan yang menyaksikan Mesir menempah slot Piala Dunia buat pertama kalinya sejak 1990. (Klik di sini untuk berita lanjut)