Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencari suaka menangi jutaan bayaran pampasan

    SYDNEY, 14 Jun – Tahanan-tahanan di sebuah kem pencari suaka Australia di Papua New Guinea memenangi berjuta-juta dolar dalam bayaran pampasan atas layanan “kejam” hari ini, dalam satu keputusan yang dialu-alukan sebagai kemenangan hak asasi manusia yang penting.

    Penganiayaan dan masalah mental dilaporkan berleluasa di pusat pemprosesan luar pesisir, dengan tahanan mengadakan bantahan terdesak sebagai jalan keluar seperti menjahit bibir mereka sendiri untuk menambah kesedaran tentang masalah yang dihadapi oleh mereka.

    Penyelesaian sebanyak AUS$70 juta hari ini, dikongsi oleh 1,905 orang yang telah ditahan di Pulau Manus sejak 2012, menghindarkan satu perbicaraan awam ke atas kerajaan dan pembekal keselamatan Transfield dan G4S.

    Satu tindakan guaman telah berusaha mendapatkan pampasan atas apa yang dikatakan oleh pihak menuntut sebagai menderita disebabkan keadaan sukar di mana mereka ditahan.

    Ia juga meminta bayaran untuk tahanan palsu selepas Mahkamah Agung Papua New Guinea memutuskan pada tahun lalu bahawa penahanan pencari perlindungan di Manus Island adalah bersifat tidak berperlembagaan dan menyalahi undang-undang.

    Salah seorang pencari suaka di kem berkenaan menceritakan mengenai layanan kem imigrasi di Pulau Manus. – AP
    Salah seorang pencari suaka di kem berkenaan menceritakan mengenai layanan kem imigrasi di Pulau Manus. – AP

    Firma guaman Slater and Gordon berkata mereka percaya ia adalah penyelesaian tindakan guaman kelas hak asasi manusia terbesar dalam sejarah Australia, dengan defendan juga bersetuju untuk membayar lebih daripada Aus$20 juta dalam kos. “Orang yang ditahan di Manus Island telah mengalami keadaan amat sukar, namun mereka tidak lagi menderita begitu sahaja,” kata Andrew Baker.

    “Sementara tidak ada jumlah wang yang dapat mengiktiraf sepenuhnya keadaan teruk yang dialami oleh tahanan, kami berharap penyelesaian hari ini boleh memberikan mereka peluang untuk melupakan bad tidak baik dalam hidup mereka.”

    Pusat tahanan Manus dibuka pada tahun 2012 untuk menempatkan orang yang cuba memasuki Australia dengan bot, di bawah dasar imigresen ketat yang menghantar mereka ke luar pesisir untuk diproses.

    Mereka disekat daripada menetap semula di Australia walaupun jika didapati mereka adalah pelarian. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda