HANOI, 30 Sept – Jasad dua juruterbang yang menjalani latihan pesawat pejuang, yang terhempas di sebuah pergunungan pada 1971, telah ditemui di wilayah Thai Nguyen, Vietnam, menurut kawalan tentera wilayah.
Pasukan pencari setempat menemui jasad dua juruterbang itu dan beberapa barangan mereka yang lain seperti sarung tangan dan beberapa pakaian di Gunung Tam Dao, Thai Nguyen. Pesawat MiG-21U hilang pada 30 April 1971, semasa menjalani latihan penerbangan di kawasan antara Thai Nguyen dan Vinh Phuc.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)