Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencarian 47 tahun berakhir

    HANOI, 30 Sept – Jasad dua juruterbang yang menjalani latihan pesawat pejuang, yang terhempas di sebuah pergunungan pada tahun 1971, telah ditemui di wilayah Thai Nguyen, Vietnam, menurut kawalan tentera wilayah.

    Pasukan pencari setempat menemui jasad dua juruterbang itu dan beberapa barangan mereka yang lain seperti sarung tangan dan beberapa pakaian di Gunung Tam Dao, Thai Nguyen. Pesawat MiG-21U hilang pada 30 April 1971, semasa menjalani latihan penerbangan di kawasan antara Thai Nguyen dan Vinh Phuc.

    Vietnam telah menjalan-kan operasi mencari pesawat itu selama bertahun-tahun. Pada tahun 2017, penduduk setempat menemui beberapa cebisan bangkai pesawat di kawasan tebing dan sejak itu lebih banyak pasukan penyelamat ditubuhkan bagi pencarian dua juruterbang.

    Jasad itu, kini menunggu pengesahan analisis DNA, dipercayai juruterbang warga Vietnam dan pelatihnya, juruterbang bekas Kesatuan Soviet. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda