Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencarian berakhir, empat maut

    CARACAS, 12 Jan – Pihak berkuasa menghentikan pencarian semalam bagi berpuluh-puluh orang yang dipercayai berada di atas bot yang membawa para pendatang dari Venezuela yang dilanda krisis setelah terlanggar batu berdekatan pulau Belanda dan menyebabkan empat orang disahkan maut.

    Tidak ada mangsa yang terselamat, akan tetapi para pencari juga tidak menemui sebarang mayat selepas menemukan dua orang lelaki dan perempuan yang maut di pantai utara Curacao sehari sebelumnya.

    Dua orang diketahui selamat sampai ke pantai itu selepas kemalangan, menurut pegawai Venezuela.

    Empat orang mangsa dikenal pasti sebagai pendatang dari Venezuela yang diusir dari pulau pada Disember, menurut Rodrick Gouverneur, jurucakap pengawal pantai Carribean Belanda.

    Pihak berkuasa Belanda tidak mengetahui berapa ramai yang berada di atas bot berkenaan, akan tetapi pihak berkuasa di Venezuela mengatakan 34 orang dikatakan berada dalam bot. Gouverneur berkata bot seludup bersaiz sama diketahui berkemampuan membawa seramai 30 orang.

    Serpihan yang kelihatan seperti bot bermotor sepanjang 25 kaki ditemui terdampar di atas batu berdekatan pintu masuk lagun di kawasan yang dikenali sebagai Koraan Tabak.

    Kawasan itu terkenal dengan keadaan laut yang sentiasa berombak tinggi namun penyeludup ada kalanya menggunakannya dengan harapan untuk mengelakkan peronda di pantai timur Curacao, menurut Gouverneur.

    “Sekiranya anda tidak mengetahuinya dengan baik, ia adalah kawasan yang sangat sukar untuk dilalui,” katanya. Pihak berkuasa Belanda berkata bot-bot pencarian dan helikopter tidak menemui sebarang mangsa yang terselamat atau mayat dan menghentikan operasi pencarian petang semalam.

    Menurut pegawai Venezuela, bot itu meninggalkan Curacao pada malam Selasa, kira-kira 45 batu dari tanah besar pada titik terdekatnya.

    Perjalanan sering dilakukan oleh orang-orang yang melarikan dari kejatuhan ekonomi Venezuela. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda