Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pencarian berisiko tinggi bagi pesawat kecil di gunung berapi

    MANILA, FILIPINA, 20 FEB – Pihak berkuasa Filipina hari ini bersedia untuk menghantar misi mencari berhampiran kawah gunung berapi yang bergolak selepas mereka mengesan apa yang dipercayai bangkai pesawat kecil yang hilang dengan empat orang di dalamnya pada hujung minggu.

    Dua juruterbang warga Filipina dan dua warga Australia menaiki pesawat Cessna 340 itu, yang terpu-tus hubungan selepas berlepas dari wilayah Albay di tenggara ibu negara pagi Sabtu dalam perjalanan ke Manila, kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina.

    Warga Australia berkenaan bekerja sebagai perunding untuk Syarikat Pembangunan Tenaga, sebuah syarikat te-naga geoterma yang besar. Syarikat itu berkata ia telah mengerahkan pasukan-pasukan yang disokong oleh helikopter dan dron untuk membantu dalam pencarian.

    “Kami tidak akan berhenti sehingga mereka ditemui,” kata pegawai syarikat itu, Allan Barcena.

    Datuk Bandar Camalig di Albay, Carlos Baldo dan pegawai-pegawai lain memberitahu wartawan kelmarin bahawa pencarian dari udara mengesan apa yang disyaki serpihan, termasuk ekor, bertaburan kira-kira 1,150 kaki (350 meter) dari kawah di lereng curam barat daya Gunung Berapi Mayon. Tiada tanda orang.

    Pencarian darat terhalang oleh cuaca hujan pada hujung minggu.

    Kira-kira 60 anggota mencari dan menyelamat mungkin memanjat gunung Mayon setinggi 2,462 meter itu apabila cuaca cerah, kata Baldo. Mereka juga memerlukan bantuan daripada pakar gunung berapi dan pegawai tempatan kerana pergolakan Mayon, salah satu daripada 24 gunung berapi aktif di negara itu.

    “Ia adalah operasi yang sangat berisiko,” kata pe-ngarah Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina, Teresito Bacolcol kepada The Associated Press (AP).

    “Ia adalah perlumbaan dengan masa dan ia adalah soal hidup dan mati tetapi terdapat juga bahaya runtuhan batu dan lahar gunung berapi,” tambahnya. – AP

    Gambar yang dikeluarkan oleh Biro Perlindungan Kebakaran Camalig menunjukkan penyelamat bersiap sedia untuk mencari penumpang pesawat Cessna di Tumpa Gulley, bandar Camalig, wilayah Albay, Filipina, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...