Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencarian Endeavour hampiri penghujung

    SYDNEY, 19 Sept – Pencarian selama berabad-abad bagi peninggalan kapal laut terkenal, Endeavour, kapal yang digunakan oleh James Cook dalam pelayarannya ketika menemui Australia dan New Zealand, mungkin menghampiri penghujungnya.

    Sebuah pasukan arkeologi maritim dari Australia dan Amerika Syarikat percaya bahawa mereka mungkin telah menemui tapak kapal itu karam pada tahun 1778.

    “Petanda awal adalah pasukan telah mengecilkan skop bagi kemungkinan kawasan di mana HMB Endeavour menjadi satu tempat, yang begitu meyakinkan,” kata ketua Muzium Maritim Kebangsaan Australia, Kevin Sumption.

    Tempat itu ada di Newport Harbour di Rhode Island, AS.

    “Banyak kerjaya penelitian, analisis dan penyelidikan perlu dilakukan sebelum kami boleh benar-benar katakan bahawa kami telah menemui peninggalan HMB Endeavour James Cook.

    Replika kapal Endeavour ditempatkan di Muzium Maritim Kebangsaan Australia di Sydney. – AFP

    Endeavour telah menjadi terkenal atas pelayaran Cook, yang membawa British berhubungan dengan New Zealand dan timur Australia serta memberikan petanda awal mengenai penjajahan benua itu.

    Hari ini sebuah replika kapal kecil dan padat ditempatkan di Darling Harbour, Sydney, sebagai peringatan atas sejarah penting Australia moden.

    Selepas digunakan oleh Cook, operasi Endeavour kemudian dihentikan dan dijual kepada pemilik komersial.

    Ia kemudian dikaramkan bersama 12 buah kapal lain di Newport Harbour semasa Perang Kemerdekaan Amerika pada tahun 1778, namun saki-bakinya tidak pernah ditemui. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda