Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

     Pencarian mayat mangsa sabung ayam bermula di tasik Filipina

    MANILA, 10 JULAI – Pasukan pencari tiba hari ini di sebuah tasik di selatan ibu negara Filipina Manila untuk mencari puluhan mayat mangsa sabung ayam yang dituduh dibunuh oleh polis yang terlibat dengan jenayah, kata Jabatan Kehakiman.

    Seramai 15 pegawai polis sedang disiasat berhubung siri kehilangan misteri pada 2022 dalam industri sabung ayam yang besar di negara itu.

    Kes itu kembali menjadi kesedaran umum bulan lalu dengan kemunculan saksi di televisyen yang berkata dia mengetahui di mana mayat telah dibuang di Tasik Taal, terletak kira-kira dua jam di selatan ibu negara.

    Setiausaha Kehakiman, Crispin Remulla sejak itu berkata beliau mempunyai beberapa saksi yang boleh mengenal pasti lokasi mangsa yang hilang di tasik itu, yang menjangkau lebih 230 kilometer persegi.

    Anggota pengawal pantai Filipina bersiap sedia untuk berlepas ke kawasan pencarian di Tasik Taal di luar bandar Talisay, wilayah Batangas, Selatan Manila hari ini. – AFP

    “Tujuan (misi hari ini) adalah untuk mengenal pasti kawasan menerusi pencarian, membuat penelitian awal terhadap keadaan air dan mengukur kedalaman kawasan tersebut,” kata Jabatan Kehakiman dalam satu kenyataan.

    Pengawal Pantai Filipina akan mengambil bahagian dalam penilaian awal bersama polis.

    Ketua Polis Filipina, Nicolas Torre minggu ini berkata pihak berkuasa perlu bertindak pantas.

    “Musim taufan akan tiba,” katanya kepada wartawan pada Selasa lalu.

    “Kami bergerak pantas untuk sekurang-kurangnya cuba mencari mayat. Kami tahu ia sangat mencabar,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda