Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencawang elektrik tumbang, 100,000 kediaman terputus bekalan

    WELLINGTON, 24 JUN – Sekitar 100,000 kediaman terputus bekalan elektrik selepas sebuah pencawang di wilayah Northland, New Zealand tumbang pada Khamis, lapor agensi berita Jerman, dpa hari ini.

    Bekalan elektik berjaya dipulihkan pada Ahad.

    Ketua Pegawai Eksekutif Transpower, Alison Andrew berkata bahawa kru dari Omexom sedang menjalankan penyelenggaraan rutin pada plat asas ketika pencawang itu tumbang.

    “Semua nat yang mengikat pencawang pada plat asas di tiga kaki telah dibuka, menyebabkan menara itu terangkat dari plat asas dan tumbang. Ia adalah kejadian yang luar biasa dan tidak dapat dibayangkan bahawa begitu banyak nat dibuka serentak,” katanya dalam satu kenyataan.

    Beliau berkata siasatan penuh telah dilancarkan.

    “Kami bersyukur tiada yang cedera ketika kejadian, namun kegagalan untuk mengikuti prosedur menyebabkan gangguan kuasa yang signifikan hingga memberi kesan kepada penduduk Northland. Kami komited untuk belajar daripada kesilapan dan melaksanakan kawalan tambahan,” kata Andrew. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda