Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencemaran bau punca 27 murid pening dan muntah

    JOHOR BAHRU, 9 SEPT – Seramai 27 pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Maju Jaya di sini mengalami gejala pening dan muntah dipercayai akibat pencemaran bau di Kampung Maju Jaya dan Kampung Tawakal hari ini.

    Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse berkata kesemua mereka menerima rawatan awal di sekolah berkenaan oleh doktor dan jururawat dari sebuah klinik kesihatan dan hanya seorang dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

    Beliau berkata susulan itu sekolah tersebut diarahkan ditutup sekitar 1 tengah hari tadi oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

    “Saya dimaklumkan sendiri oleh Menteri Pendidikan melalui telefon selepas saya membawa isu ini kepada beliau,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Puah turut meminta pihak berkuasa untuk melakukan siasatan dan mengambil tindakan tegas kerana insiden seumpama itu yang boleh membahayakan nyawa orang ramai tidak boleh dikompromi. – Bernama

    Puah ketika melawat Sekolah Kebangsaan Kampung Maju Jaya susulan 27 pelajar mengalami gejala pening dan muntah dipercayai akibat pencemaran bau yang berlaku di Kampung Maju Jaya dan Kampung Tawakal hari ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda