Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencemaran: Belajar online dilaksana

    TEHRAN, 23 NOV – Murid-murid sekolah di ibu negara Iran, Tehran diarahkan untuk berada di rumah hari ini kerana peningkatan tahap pencemaran udara di metropolis yang mempunyai lebih sembilan juta penduduk.

    “Susulan keputusan jawatankuasa pemantauan pencemaran ibu kota, semua kelas di wilayah Tehran akan diajar secara dalam talian hari ini, kecuali di bandar Pardis, Firouzkoh dan Damavand,” kata Timbalan Gabenor Abed Maleki kepada agensi berita ISNA.

    “Menurut ramalan, keadaan cuaca mungkin berterusan hingga esok,” tambah Maleki. Sekolah-sekolah rendah di bandar itu juga ditutup pada Isnin. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda