Friday, March 14, 2025
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencemaran: Pembinaan tidak penting dilarang di New Delhi

    NEW DELHI, 30 DIS – Kegiatan pembinaan kecuali yang penting, sekali lagi dilarang di New Delhi dan sekitarnya, sering dirujuk sebagai Kawasan Ibu Kota Kebangsaan (NCR) hari ini.

    Larangan adalah susulan pencemaran udara, menurut satu arahan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengurusan Kualiti Udara (CAQM). Menurut CAQM, kualiti udara di Delhi dan NCR telah memburuk kepada kategori ‘Teruk’. Kegiatan pembinaan yang akan dibenarkan termasuklah projek Landasan Kereta api India, Metro Delhi, lapangan terbang dan terminal bas, hospital, lebuh raya, jejantas dan jambatan serta projek sanitasi. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda