Saturday, March 29, 2025
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencemaran penyebab 1 dalam 5 kematian budak di Kemboja

    PHNOM PENH, 27 OGOS – Tabung Darurat Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) mengeluarkan kenyataan kelmarin, mengatakan bahawa pencemaran udara bertanggungjawab untuk hampir satu daripada setiap lima kematian dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun di Kemboja.

    Kementerian Kesihatan Kemboja dan UNICEF bersama-sama mengeluarkan penilaian Kesihatan Persekitaran Kanak-kanak (CEH) pertama kerajaan, yang menonjolkan risiko kesihatan alam sekitar utama yang dihadapi oleh kanak-kanak, termasuk pendedahan kepada pencemaran udara, pencemaran air dan makanan, logam toksik, racun perosak dan sisa berbahaya.

    “Krisis iklim ialah krisis hak kanak-kanak. Kanak-kanak kini lebih terdedah berbanding sebelum ini kepada bahaya alam sekitar yang serius dan merosakkan yang menjejaskan hak asasi mereka, termasuk hak mereka untuk terus hidup dan berkembang maju,” kata Wakil UNICEF di Kemboja, Will Parks dalam kenyataan itu.

    Kol Hero, pengarah Jabatan Perubatan Pencegahan Kementerian Kesihatan Kemboja, berkata kesan negatif kesihatan terhadap kanak-kanak akibat peningkatan risiko alam sekitar dan faktor perubahan iklim tidak boleh diabaikan. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda