PARIS, 9 MAC – Pencemaran plastik di lautan dunia telah mencapai tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini sejak 15 tahun lalu dalam satu kajian baharu dan menggesa perjanjian antarabangsa untuk menghentikan sisa berbahaya.
Penyelidikan yang diterbitkan kelmarin mendapati terdapat 170 trilion sisa plastik, terutamanya mikroplastik, di permukaan lautan dunia hari ini yang dibuang sejak 2005.
“Pencemaran plastik di lautan dunia dalam tempoh 15 tahun yang lalu telah mencapai tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata kajian itu, yang diterbitkan dalam jurnal akses terbuka PLOS One.
Jumlah itu lebih tinggi daripada anggaran sebelumnya, dan kajian itu mendapati bahawa kadar plastik memasuki lautan boleh meningkat beberapa kali ganda dalam dekad akan datang jika tidak dikawal. – AFP