Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan

    KOTA KINABALU, 25 NOV – Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia, kata Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

    Beliau berkata usaha bersepadu termasuk memperkukuh dan mempertingkatkan undang-undang serta dasar berkaitan perlu dilakukan untuk menangani masalah itu secara berkesan.

    “Pencemaran plastik mengancam alam sekitar dan memberi kesan kepada setiap aspek kehidupan termasuk kesihatan ekosistem dan kesejahteraan masyarakat.

    “Kebimbangan terhadap peningkatan pencemaran plastik bukan sahaja menjadi isu global tetapi turut memberi kesan serius di negeri Sabah,” katanya ketika berucap merasmikan Simposium No Plastic in Nature hari ini.

    Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata banyak kawasan di Sabah termasuk Gunung Kinabalu yang dahulunya bersih kini tercemar dengan sisa sampah.

    “Di lautan, plastik terapung dan menyelaputi terumbu karang manakala pantai serta pulau-pulau kita dipenuhi plastik,” katanya.

    Beliau berkata penyelesaian terhadap pencemaran plastik memerlukan kerjasama semua pihak. – Bernama

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda