Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencemaran udara bunuh 476,000 anak damit

    WASHINGTON, 21 OKT – Pencemaran udara membunuh 476,000 anak damit baru lahir pada 2019, dengan tempat terbesar di India dan Afrika Sahara, menurut satu kajian global baharu yang berkata hampir dua pertiga daripada kematian datang dari asap toksik daripada bahan api memasak.

    Lebih daripada 116,000 anak damit India meninggal dunia akibat pencemaran udara dalam bulan pertama hayat mereka, dan angka dalam tempoh yangsama adalah 236,000 di Afrika Sahara, menurut Udara Global 2020.

    Anggaran itu dikeluarkan oleh Institut Kesan Kesihatan AS dan Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan dan projek Bebanan Penyakit Global.

    Penulis berkata mereka bergantung pada bukti yang mengaitkan pendeda-han ibu semasa hamil dengan pencemaran udara menambah risiko anak damit mereka dilahirkan sama ada terlalu kecil atau terlalu awal.

    Keadaan berkenaan dikaitkan dengan komplikasi serius dan telah pun menyumbang kepada majoriti besar kematian anak damit baru lahir di kedua-dua rantau. Analisis baharu meramalkan peratusan kematian berkenaan datang daripada pencemaran udara alam sekitar dan rumah.

    “Kesihatan anak damit adalah penting kepada masa depan setiap masyarakat, dan bukti terbaharu ini mencadangkan risiko tinggi untuk anak damit yang lahir di Asia Selatan dan Afrika Sahara,” kata Dan Greenbaum, Presiden HEI.

    “Walaupun terdapatnya kemerosotan dalam kebergantungan keluarga pada bahan api bermutu rendah, pencemaran udara daripada bahan api berkenaan terus menjadi faktor utama dalam kematian anak damit,” tambah beliau. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda