Saturday, November 16, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencemaran udara kritikal, sekolah rendah di Delhi ditutup

    NEW DELHI, 15 NOV – Ibu negara India kelmarin mengumumkan penutupan sekolah rendah apabila tahap pencemaran udara mencapai paras berbahaya dengan bermulanya musim sejuk.

    Udara di wilayah Delhi menjadi semakin toksik setiap kali musim sejuk berikutan pembakaran jerami di negeri-negeri sekitar Delhi, asap pengangkutan dan industri, pembakaran terbuka sisa buangan serta habuk dari tapak pembinaan.

    Indeks kualiti udara (AQI) Delhi kelmarin mencecah lebih 430, melebihi tahap yang dianggap selamat untuk kesihatan manusia.

    “Disebabkan peningkatan tahap pencemaran, semua sekolah rendah di Delhi akan beralih ke kelas dalam talian sehingga diberitahu kelak,” kata Ketua Menteri Delhi, Atishi Marlena dalam hantaran di X.

    Kualiti udara di bandar itu merosot dengan mendadak bulan ini meskipun terdapat langkah-langkah seperti larangan mercun dan had ke atas aktiviti pembinaan.

    Ramai yang menyambut perayaan Deepavali tahun ini masih melanggar larangan mercun yang memburukkan lagi tahap pencemaran udara.

    Kanak-kanak lebih terdedah apabila penyakit pernafasan dan kardiovaskular meningkat di Delhi serta wilayah di ibu negara yang merangkumi bandar-bandar seperti Gurugram, Faridabad, Noida dan Ghaziabad. – Bernama

    Seorang wanita menutup wajahnya sambil berjalan melewati kanak-kanak lelaki sekolah pada pagi yang sejuk dan berkabus di kawasan lama New Delhi pada 15 November 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda