Wednesday, March 19, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencemaran udara paling lama Australia

    SYDNEY, 5 DIS – Kebakaran hutan Australia menyebabkan pencemaran yang tidak pernah berlaku di bandar raya Sydney dan sepanjang pantai timur negara itu, kata pegawai hari ini.

    Asap dan debu menyakitkan mata penduduk dan menyebabkan peningkatan aduan masalah pernafasan.

    Ratusan kebakaran hutan marak di luar kawalan sejak September lalu di timur Australia, menyelubungi bandar raya dari Sydney ke Brisbane dengan asap sejak beberapa minggu lalu.

    Tahap krisis itu dijelaskan hari ini, dengan jabatan alam sekitar New South Wales mengisytiharkan kebakaran hutan dan debu menyebabkan pencemaran udara paling tinggi pernah berlaku di Australia.

    Wilayah itu berhadapan tempoh kualiti udara teruk yang berlanjutan beberapa minggu, termasuk kebakaran hutan 1994 dan kebakaran hutan Black Christmas pada Disember 2001 hingga Januari 2002.

    “Bencana ini, bagaimanapun adalah yang paling lama dan merebak luas dalam rekod kami,” kata jurucakap jabatan itu.

    Perkhidmatan Bomba Pedalaman New South Wales berkata terdapat lebih 12 kebakaran berhampiran Sydney hari ini, termasuk tiga yang mencetuskan amaran kecemasan. — AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda