SEOUL, 13 NOV – Kualiti udara yang teruk menyumbang kepada kira-kira 1.5 kali lebih banyak kematian pramatang di Korea Selatan daripada purata negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan, data menunjukkan kelmarin. Menurut laporan OECD Health at a Glance 2023, Korea Selatan mempunyai 42.7 kematian pramatang akibat pencemaran udara ambien bagi setiap 100,000 penduduk pada 2019.