Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Seorang lelaki yang melakukan ceroboh rumah dijatuhi hukuman dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini.
Majistret Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim memutuskan hukuman itu terhadap Mohd Asmadi bin Busrah, 22, yang mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Delima Satu pada 27 Ogos 2018 antara jam 9:30 dan 10:40 malam.
Tertuduh memasuki rumah itu tanpa kebenaran, untuk menjual besi sekerap kepada penghuni rumah.
Salah seorang penghuni rumah terlihat tertuduh yang melewati bilik tidurnya, dan terus menanyakan tujuannya.
Tertuduh mendakwa yang dia ingin menjual besi sekerap.
Penghuni rumah yang curiga menahan tertuduh dan membuat laporan polis.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pemdakwa Raya, Sabrina binti Haji Mahmud.