TOKYO, 3 JAN – Seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan selepas dua jam memecah masuk kediaman Maharaja Naruhito, lapor media tempatan hari ini.
Lelaki yang tidak dinamakan itu memasuki kompleks kediaman yang biasanya dikawal ketat untuk anggota keluarga diraja itu melalui rumah tamu berdekatan pada malam Sabtu, lapor Fuji News Network (FNN).
Dia ditangkap oleh pengawal empayar dekat kediaman Puteri Yuriko, ibu saudara kepada Maharaja Naruhito, kira-kira dua jam selepas dia memecah masuk, menurut penyiaran yang memetik pegawai polis sebagai berkata.
FNN melaporkan lelaki itu mendapat akses melalui pintu masuk rumah tamu, yang tidak dikawal ketika itu.
Suspek didakwa memberitahu polis bahawa dia mahu berjumpa kerabat diraja berkenaan, lapor berita TBS.
Tiada sebarang maklumat sama ada lelaki itu berjaya berjumpa dengan kerabat diraja bagaimanapun media tempatan berkata tiada sesiapa mengalami kecederaan dalam insiden itu. – AFP