Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencetak Epson terbaharu dilancarkan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Concept Computer dan Epson, Malaysia, hari ini melancarkan lima mesin pencetak Epson terbaharu dengan teknologi EcoTank yang mempunyai tangki simpanan dakwat 20 kali ganda lebih besar daripada yang biasa.

    Mesin pencetak siri L iaitu L3110 dan  L3150 ini merupakan mesin pencetak warna yang mampu mencetak lebih 7,500 keping dokumen berwarna.

    Manakala produk siri M iaitu Epson Ecotank M1100, M1120 dan  M2140 adalah bagi monokrom inkjet dan mampu mencetak sebanyak 6,000 keping dokumen berwarna hitam putih. Menurut Epson walaupun EcoTank jauh lebih besar, tetapi harga jualan dakwat pengganti adalah murah.

    Sementara itu, Pengarah Besar Concept Computer, Vincent Pao berkata, “Concept Computer sentiasa memberikan yang terbaik untuk pelanggan dan dengan adanya mesin pencetak terbaharu ini, saya percaya ia akan dapat mencapai keinginan pelanggan yang menginginkan mesin pencetak yang berkualiti, mampu milik dan tahan lasak.”

    Epson dan Concept Computer telah lama menjalani hubungan kerjasama dalam memperkenalkan produk Epson ke dalam pasaran Negara Brunei Darussalam sejak 10 tahun yang lalu dan dengan majlis pelancaran produk baharu itu, ia telah berjaya mencatat sejarah baharu dalam memperluaskan rangkaian peneraju pasarannya untuk menawarkan pemilihan yang lebih luas melalui Epson Eco Tank.

    Majlis pelancaran yang berlangsung di Dewan Brilliance, Concept Computer, Kiulap itu juga diteruskan dengan sesi penerangan mengenai produk Epson baharu yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Epson Malaysia, Daisuke Hori dan Pengurus Pemasaran, Divisyen Runcit, Malaysia, Eric Tang.

    Daisuke Hori (dua kiri) dan Vincent Pao (dua kanan) berjabat tangan ketika majlis pelancaran lima mesin pencetak terbaharu Epson.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda