Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencipta HONY selar versi India kerana saman saingannya

    BENGALURU, 25 SEPT – Pencipta Humans of New York (HONY) telah mengecam versi India blog itu kerana menyaman saingan, menuduhnya secara tidak munasabah mengkomersialkan cerita subjek-subjeknya.

    Brandon Stanton melancarkan HONY pada tahun 2010, berkongsi temu bual dengan penduduk bandar bersama gambar mereka.

    Ia menjadi satu kejayaan yang luar biasa dan tiga tahun kemudian, Karishma Mehta memulakan Humans of Bombay di bandar asalnya, Mumbai, yang kini mempunyai 2.7 juta pengikut di Instagram.

    Bulan ini, Mehta memfailkan saman pelanggaran hak cipta terhadap akaun Instagram People of India, mendakwa ia telah ‘meniru sejumlah besar imej dan video’ dari halaman Instagramnya.

    Kes itu telah mencetuskan kekecohan di media sosial dengan ramai yang menegur Mehta, termasuk Stanton.

    “Saya telah berdiam diri mengenai penyelewengan terhadap hasil kerja saya kerana saya fikir @HumansOfBombay berkongsi cerita-cerita penting, walaupun mereka telah mengkomersialkan jauh melebihi apa sahaja yang saya rasa selesa lakukan di HONY,”
    tulis Stanton baru-baru ini di X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

    “Tetapi awda tidak boleh menyaman orang lain untuk perkara yang telah saya maafkan awda.”

    Dan dalam satu kritikan yang jelas kepada Mehta – yang menerima bayaran bagi subjek-subjek yang muncul di halamannya, Stanton berkata dia mengagumi projek Humans of Amsterdam kerana penciptanya tidak memperlakukan cerita-cerita orang sebagai ‘muka depan’ perniagaan. – AFP

    Gambar Hindustan Times
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda