Wednesday, September 18, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencuci mulut inspirasi kuih bulan

    KUALA LUMPUR – Musim yang dinanti-nantikan oleh penduduk Cina di seluruh dunia, Festival Pertengahan Musim Luruh bakal disambut tidak lama lagi.

    Kuih bulan yang sedap kembali mengamit kenangan tetapi seperti biasa, hanya terdapat masa yang terhad untuk menikmatinya.

    Dengan Perayaan Pertengahan Musim Luruh semakin hampir, terdapat pelbagai pilihan kuih bulan di samping makanan kegemaran tradisional dengan perisa yang baharu menjadikannya musim itu segala-galanya manis.

    Sebuah restoran di hotel di Kuala Lumpur telah menawarkan hidangan minum petang bertemakan Pertengahan Musim Luruh yang menampilkan pencuci mulut berinspirasikan kuih bulan bersama pelbagai jamuan ringan ala Malaysia.

    Berinspirasi kuih bulan yang popular, tukang pastri dengan bijak menggabungkan teratai sebagai inti yang terdiri daripada campuran kekacang praline dalam pastri serta coklat rangup dalam konfeksi mochi manis untuk menyerupai pelbagai jenis snow skin.

    Gambar ANN/The Star
    Mochi coklat (kiri) dan kek buah kukus. – ANN/TheStar
    Kotak muzik yang terdapat di hotel itu mengandungi kuih bulan dengan empat perisa berbeza. – ANN/TheStar
    (Dari atas) Kek cawan nangka buah, choux pandan dan sable teh hijau berkrim. – ANN/TheStar

    TART KACANG CAMPUR MENTEGA

    Aroma telur karamel dengan tart yang rangup dan gabungan tekstur yang diperkaya dengan kacang menampilkan gabungan rasa yang menarik di mana ia mampu membangkitkan keinginan untuk mencuba.

    Manakala rasa pahit pula dapat dirasa apabila menikmati mochi coklat, akan tetapi ia juga diimbangi dengan rasa manis.

    Rasa kekacang biji tembikai dalam campuran mochi menambah lagi teksturnya yang unik.

    Praline warna oren berbentuk bujur mempunyai pes teratai putih halus di dalamnya untuk memberikan rasa yang baharu.

    Hidangan lain yang membangkitkan selera di restoran tersebut ialah kek cawan buah nangka, kek buah kukus, sable teh hijau berkrim dan choux pandan.

    Bagi penggemar hidangan lazat, sate percik kegemaran Malaysia, sandwic rendang ayam dan roll paratha sardin juga ditawarkan di restoran itu.

    Dihidangkan dalam cawan lutsinar, sos percik yang sedikit pedas dan masam amat sedap digandingkan dengan sate ayam yang lembut.

    Sandwic rendang ayam pula menampilkan makanan yang diperkaya dengan santan.

    Rendang ayam berempah yang dipotong dalam bentuk kiub kelihatan sungguh menyelerakan dengan roti putih gebu. Di samping gulungan paratha, ia pasti mendapat sambutan disebabkan gabungan rasanya yang enak.

    Restoran itu juga menyajikan roti canai disumbat dengan sardin yang sedap dan digulung untuk mengelakkan isi sardin terkeluar daripada roti tersebut.

    Bagi mereka yang ingin sajian mengandungi lebih banyak karbohidrat, nasi lemak bungkus dan roti sambal bilis adalah antara makanan tempatan yang turut menjadi kegemaran.

    Pengunjung boleh memilih untuk menikmati teh pu erh (melati) bersama hidangan, tetapi mereka yang berada dalam suasana perayaan boleh membuat pilihan Mid-Autumn Breeze yang menawarkan koktel teh.

    Pada masa ini, kotak muzik Moonlit Melody yang terdapat di hotel berkenaan telah mula dijual di mana ia terdiri daripada kuih bulan empat perisa iaitu teratai putih dengan kuning telur, Pearl of Prosperity (teratai pandan dan pes kacang hijau), coklat serta campuran kacang serta krim dan biskut.

    Pelanggan boleh memainkan muzik atau menyambungkan kotak muzik ke peranti elektronik mereka melalui bluetooth untuk dimasukkan dalam senarai muzik mereka sendiri.

    Pengarah jualan dan pemasaran hotel tersebut, Denise Mah, berkata reka bentuk kotak itu akan membuatkan pembeli mengimbau kembali zaman lampau.

    “Sementara itu, awda juga boleh memainkan muzik di mana-mana sahaja, sama ada di bilik mandi atau di dalam bilik tidur awda,” katanya. – ANN/TheStar

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda