Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penculik diberi tempoh 12 jam

    QUITO, 13 April – Presiden Ecuador memberi masa pemberontak Colombia selama 12 sejam untuk menunjukkan sama ada tiga wartawan yang diculik masih hidup berdepan dengan tindakan kekerasan.

    Kerajaan kelmarin telah menerima beberapa gambar dari stesen televisyen Colombia, RCN dan mengatakan ketiga-tiganya sudah dibunuh.

    Para wartawan telah diculik oleh pasukan gerila FARC Colombia di sempadan perkongsian negara pada 26 Mac.

    Ahli keluarga mangsa penculikan sejurus tiba di Quito, Ecuador dari Lima, Peru kelmarin. Presiden Lenin Moreno berkata berkemungkinan besar tiga petugas media yang diculik telah dibunuh dan memberi tempoh masa 12 jam kepada penculik bagi membuktikan kesemua tebusan masih hidup sebelum mengarahkan operasi ketenteraan ke atas penculik. – AP

    Presiden Lenin Moreno dalam ucapannya berkata jika kerajaan tidak menerima respons mengenai keadaan pasukan itu, “kami akan bertindak secara kekerasan dan tidak teragak-agak untuk menghukum pencabul hak asasi manusia ini,” menurut presiden.

    Dia bercakap di lapangan terbang Quito sejurus selepas kembali dari persidangan wilayah serantau di Peru. “Pada masa ini, jam sudah berdetik,” kata Moreno.

    Wartawan Javier Ortega, jurugambar Paul Rivas dan pemandunya Efrain Segarra telah diculik oleh gerila FARC Colombia pada 26 Mac di sempadan Ecuador dan Colombia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda