Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencuri berlian terkenal ditangkap di Paris

    PARIS, 27 SEPT – Polis Perancis berjaya menangkap lima individu, termasuk seorang pencuri berlian berpengalaman, yang terlibat dalam satu kes rompakan bersenjata pada siang hari di sebuah kedai mewah jenama Piaget di Paris, mengikut sumber yang rapat dengan kes itu hari ini.

    Dalam insiden rampasan pada 1 Ogos lalu, kumpulan tersebut melarikan diri dengan barangan perhiasan dan jam tangan bernilai AS$10.5 hingga AS$15.8 juta menurut anggaran polis.

    Pada ketika itu, pendakwa mengesahkan bahawa tiga individu terlibat secara langsung dalam rampasan tengah hari tersebut, di mana dua lelaki mengenakan sut dan seorang wanita memakai gaun.

    Sekurang-kurangnya seorang daripada mereka membawa senjata.

    Tiada seorang pun yang cedera semasa rampasan tersebut berlaku. Kedai tersebut terletak di Rue de la Paix di pusat bandar Paris, berhampiran dengan Place Vendome yang terkenal dengan kedai perhiasan mewah.

    Polis Perancis melakukan penang-kapan terhadap lima suspek kelmarin dan hari ini. Antaranya adalah Aissa Bendjaber berusia 66 tahun, yang sebelum ini dihukum penjara 12 tahun atas kes rompakan pada 2016 di sebuah rumah barang mewah ternama, Chopard. Pada masa itu, dia dibebaskan bersyarat namun gagal mematuhi perintah untuk hadir di mahkamah.

    Bendjaber, yang juga dikenali sebagai The Borsalino Man kerana dia sering memakai topi itu, disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan di mana hasil curiannya bernilai jutaan euro. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda