Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencuri data Huazhu ditahan

    SHANGHAI, 20 Sept – Polis Shanghai telah menahan seorang lelaki yang mempunyai hubungan dengan pembocoran data di rangkaian hotel China milik Huazhu Group, yang tersenarai dalam NASDAQ, selepas suspek gagal menjual maklumat itu secara online.

    Suspek berusia 30 tahun itu telah menggodam dan mencuri data pengguna dari hotel-hotel di bawah Huazhu Group dan cuba menjualnya di laman sesawang luar negara, jelas polis dalam satu kenyataan lewat kelmarin.

    Huazhu, antara pemilik hotel terbesar di China dan rakan kongsi AccorHotels yang beribu pejabat di Perancis, telah mengemukakan laporan kepada polis pada bulan Ogos bahawa data dalaman syarikat itu telah dicuri secara online.

    Huazhu Group dalam kenyataannya berkata bahawa suspek juga cuba memeras ugut Huazhu dengan menggunakan tekanan awam, namun tidak berjaya.

    Data-data yang bocor kemungkinan besar termasuk maklumat mengenai keahlian tetamu, data peribadi, rekod kemasukan, nama tetamu, nombor telefon dan e-mel.

    Polis Shanghai berkata kes itu kini memasuki siasatan lebih terperinci.

    Huazhu mengendalikan lebih daripada 3,000 hotel di lebih daripada 370 bandar di China, termasuk jenama AccorHotels iaitu Ibis dan Mercure. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda