Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencuri dihadap ke mahkamah

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Okt – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kecederaan dan melakukan curi.

    Mohd Khairulnizam bin Ali Noh, 25, didakwa mencederakan leher seorang lelaki dengan menggunakan pisau ketika di tempat letak kereta, Batu Satu sekitar 7:30 dan 8:07 malam pada 4 Oktober 2017.

    Dia juga dituduh mencuri sebuah kereta milik seorang wanita di Kampung Tanjong Nangka sekitar 5 dan 9 Oktober 2017.

    Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menangguhkan sebutan sehingga 16 Oktober 2017 bagi membolehkan polis menjalankan siasatan.

    Kes tertuduh didakwa oleh Timbalan Pendakwa Raya, Qamarul Affyian bin Abdul Rahman.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda