Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Pencuri dikurangkan hukuman setahun

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS – Mahkamah Rayuan pada 24 Disember telah mengurangkan hukuman penjara seorang pencuri selama setahun selepas hukuman ke atasnya adalah ‘terlalu tinggi’ dalam prinsip keseluruhannya.

    Seriman bin Sulaiman disabit bersalah di Mahkamah Perantaraan pada 15 Februari 2021 selepas perbicaraan bagi dua kesalahan memecah masuk pada waktu malam dan satu kesalahan menyebabkan khianat dengan merosakkan harta.

    Dia telah mengaku bersalah terhadap satu kesalahan menghapuskan harta curi sebelum perbicaraan.

    Hukuman keseluruhannya adalah lapan tahun dan tujuh bulan penjara dengan tiga kali sebatan.

    Yang Di-Pertua Mahkamah Rayuan, Michael Peter Burrel, dibantu oleh hakim Conrad Seagroatt dan Michael Lunn, mendapati bahawa mahkamah menjatuhkan hukuman telah memberikan pertimbangan wajar terhadap setiap kesalahan dan urutan ia dilaksanakan.

    Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan merasakan bahawa hukuman keseluruhan patut disemak semula kerana Seriman mempunyai rekod jenayah yang bersih.

    Untuk itu, mahkamah memberikan pengurangan hukuman penjara selama setahun dengan mengatur semula urutan dalam mengambil kira pengakuan awal terhadap kesalahan menghapuskan harta curi.

    Pendakwa-pendakwa Shamsuddin Haji Kamaluddin dan Syazwani Jumat membantu mahkamah dalam memberi respons kepada rayuan tersebut.

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...