Oleh Syahmi Hassan BANDAR SERI BEGAWAN, 19 FEB – Mahkamah Perantaraan, baru-baru ini, menjatuhkan hukuman dua tahun empat bulan kepada seorang lelaki tempatan berikutan pengakuan bersalahnya terhadap pertuduhan menceroboh sebuah rumah kerana mencuri. Hakim Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar berkata, hukuman itu sudah cukup untuk menghalang pesalah yang degil dan menggambarkan keseriusan kesalahan itu.

