Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencuri kereta dipenjara tiga tahun

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 DIS – Mahkamah Majistret di sini, kelmarin, telah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap seorang lelaki tempatan setelah didapati bersalah atas dakwaan mencuri kereta dan kesalahan-kesalahan berkaitan selepas perbicaraan.

    Majistret Kanan, Azrimah Abdul Rahman mendapati bahawa Pendakwa Ahmad Firdaus Mohammad telah berjaya membuktikan kesnya terhadap Mohammad Zamri bin Abdul Samad bagi semua dakwaan.

    Kes pendakwaan mendedahkan bahawa Mohammad Zamri telah mencuri tiga buah kereta dari kawasan luar sebuah restoran di Bengkurong antara 27 dan 28 November, dari kawasan luar sebuah lagi restoran di Jalan Tutong antara 5 dan 6 Disember, dan antara 9 dan 10 Disember di luar sebuah kedai di Jalan Jerudong. Defendan juga telah menukar plat nombor pendaftaran kereta-kereta curi berkenaan untuk mengelakkan pihak berkuasa.

    Majistret Kanan Azrimah dalam dapatannya mengetengahkan bahawa sebalik menuntut perbicaraan, defendan tidak mempunyai pembelaan dan tidak menunjukkan penyesalan. Mahkamah mendapati bahawa kes defendan diburukkan lagi dengan fakta bahawa dia mempunyai rekod-rekod jenayah terdahulu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda