Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencuri kereta kena penjara

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Seorang lelaki yang mengaku bersalah mencuri kereta, mempamerkan plat pendaftaran palsu dan menyalahgunakan kereta dijatuhi hukuman 22 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

    Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu ke atas Norhalizan bin Haji Said, 38 tahun.

    Kertas pertuduhan menyebut, tertuduh mencuri dua buah kereta, masing-masing pada 1 Oktober 2018 kira-kira jam 2:30 petang di kawasan kedai runcit di Kampung Selayun dan di Kampung Kiulap pada 4 Oktober 2018 sekitar jam 6:40 pagi.

    Dia juga mempamerkan plat pendaftaran palsu pada kereta yang dicurinya.

    Tertuduh turut berdepan dakwaan secara tidak jujur menyalahgunakan sebuah lagi kereta pada 3 Oktober 2018 di kawasan Kampung Salambigar.

    Majistret Hajah Ervy Sufitriana memerintahkan hukuman tertuduh dikuatkuasakan pada 6 Februari 2019.

    Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Hajah ‘Adzimah Mukarramah binti Haji Salleh.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda