Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencuri larikan barang kemas bernilai dari kedai Bulgari

    ROM, 10 JUN – Dalam satu kejadian pecah masuk di kedai barang kemas mewah Bulgari di Rom semalaman, sekumpulan pencuri berjaya melarikan barangan bernilai lebih AS$540,000, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Pelaku memecah masuk cawangan kedai barang kemas mewah itu melalui lubang di lantai dari bangunan jiran bersebelahan, menurut siasatan awal polis, kelmarin.

    Walaupun sistem penggera berbunyi sejurus sebelum tengah malam, para pelaku berjaya menghilangkan diri sebelum pegawai polis pertama tiba.

    Kedai terbabit terletak di Via Condotti, salah satu jalan membeli-belah mewah di ibu kota Itali yang terletak berhampiran Tangga Sepanyol. Sebuah lubang ditemui di lantai yang menghubungkan kedai itu dengan ruang bawah tanah bangunan jiran.

    Para penyiasat berharap dapat memperoleh maklumat daripada rakaman kamera pengawasan. Walaupun polis memberikan anggaran awal nilai barang kemas yang dicuri, ia mungkin bernilai lebih tinggi. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda