Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencuri loceng lembu diburu

    VIENNA, 27 OGOS – Polis sedang mencari individu bertanggungjawab mencuri loceng lembu dari tiga padang ragut di bahagian barat negara itu, kata jurucakap, semalam.

    “Sudah tentu orang ramai pelik mengapa ada yang mahu mencuri loceng lembu, kata jurucakap polis Tyrol, Bernhard Gruber.

    Katanya, polis sedang menyiasat tiga kes kecurian, kesemuanya berlaku bulan ini membabitkan 10 biji loceng lembu. Mereka mengesyaki sekurang-kurangnya dua kes dilakukan individu yang sama.

    Gruber menganggarkan kesemua loceng berkenaan bernilai 500 euro.

    “Loceng berkenaan bukan diperbuat daripada bahan berharga namun memiliki nilai sentimental untuk golongan petani,” katanya.

    Kebanyakan penternak akan membawa haiwan masing-masing untuk meragut rumput di padang hijau di kawasan pergunungan pada setiap musim bunga dan membawa ia pulang sebelum musim sejuk bermula.

    Acara unik membabitkan semua haiwan ternakan itu pada akhir September hingga awal Oktober yang menyaksikan golongan petani berpakaian tradisional manakala haiwan masing-masing dihias bunga adalah acara pelancongan popular di Austria. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda