Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencuri mentega dipenjara setahun

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OKT – Mahkamah Majistret, Sabtu lepas telah memerintahkan seorang lelaki untuk menjalani hukuman penjara setahun selepas didapati bersalah kerana mencuri di sebuah kedai.

    Farhat Wahyudy bin Abdullah @ Rudy, 44, yang kini dipenjarakan atas kesalahan mencuri, disabitkan kesalahan selepas perbicaraan pada Sabtu lalu atas pertuduhan mencuri dari sebuah pasar raya di Berakas pada 25 Januari lalu. Defendan melarikan dua tin mentega dan penyegar udara kereta pada petang tersebut. Pendakwaan kes itu dijalankan oleh Pendakwa Nurul Husna Abidin.

    Majistret Nur Eleana binti Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni turut mengarahkan agar barang curi yang ditemui untuk dikembalikan ke pasar raya berkenaan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda