Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencuri rugikan kerajaan $45,000, kena penjara

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Seorang pencuri kabel yang menyebabkan kerugian sebanyak $45,000 kepada kerajaan dijatuhi hukuman tujuh tahun dan empat bulan penjara dengan tiga kali sebatan, kelmarin, setelah mengaku bersalah terhadap 26 pertuduhan dan 74 pertuduhan yang dipertimbangkan untuk dijatuhkan hukuman.

    Rusazmandi bin Abu Bakar, 36, diperintahkan untuk mengganti jumlah kerugian kepada kerajaan atau berdepan tambahan hukuman penjara enam bulan.

    Polis berjaya mendapatkan semula 38 keping resit daripada pembeli kabel yang dijual oleh tertuduh.

    Tertuduh juga menunjukkan kepada polis semasa siasatan dijalankan di mana dia melakukan pencurian kabel tersebut.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda