Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Seorang lelaki yang melakukan curi dalam dua kejadian berasingan, dijatuhi hukuman 16 bulan penjara dan dua sebatan oleh Mahkamah Perantaraan, kelmarin.
Sanji bin Awang Shahlan, 26, didakwa mencuri bahagian pemampat alat penghawa dingin dari flat polis di Kampung Lambak Kanan sekitar November 2018.
Dia turut mencuri bodykit; pemain DVD; amplifier; sistem audio; woofer dan visor kereta dari garaj bahan bukti Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei pada 15 Januari 2019 kira-kira jam 9 malam. Hukuman terhadap tertuduh diputuskan oleh Hakim Radin Safiee bin Radin Basiuni.
Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani binti Jumat.