Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencuri van dipenjara 12 bulan

    Oleh Rafidah Jumat

     

    mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 2 April – Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret, semalam, atas pertuduhan mencuri sebuah van.

    Sahrin bin Mohammad, 39, mengaku bersalah di hadapan Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman kerana mencuri van Nissan Urvan milik Le Galleria Suite Hotel pada 22 Mac 2017 kira-kira jam 11:20 pagi.

    Tertuduh mencuri van tersebut dari kawasan hotel apabila mendapati enjin van itu masih hidup.

    Polis menemui van itu di Kampung Tumasek pada 28 Mac dan memberkas tertuduh pada hari yang sama.

    Dalam bilik mahkamah sama, seorang lelaki berusia 18 tahun dijatuhi hukuman enam bulan penjara selepas mengaku bersalah mencuri.

    Mohd Saridillah @ Mohd Fitri bin Abdullah Sani didakwa mencuri mixer dan pembesar suara jenama Peavey, mixer Mackie dan mikrofon Shure berserta kabelnya di Pusat Perdagangan Komersial Bumiputra pada 18 Mac 2017.

    Kesemua barang yang dicuri itu berjaya ditemui dan dianggarkan bernilai $2,500.

    Kedua-dua kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Dr Mohammad Hussin Ali bin Idris.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda