Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaftaran Akademi Dakwah dilanjutkan hingga 8 Jun

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JUN – Badan Sukarelawan Belia Daie dengan kerjasama Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Urus Setia Program Keugamaan Belia, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), akan mengadakan Program Akademi Dakwah 5.0.

    Program tersebut merupakan sebuah program yang bertujuan untuk melahirkan para daie muda yang beriman kukuh, berilmu dan berakhlak mulia.

    Sehubungan itu, pihak penganjur ingin memaklumkan bahawa tarikh akhir pendaftaran program berkenaan telah dilanjutkan sehingga 8 Jun.

    Pendaftaran dibukakan kepada belia warganegara atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang berumur antara 18 hingga 35 tahun dan pendaftaran bolehlah dibuat melalui pautan https://bit.ly/AkademiDawah5.

    Tema program tahun ini ialah Berdakwah dengan Ilmu dan Iman, Berakhlak Mulia Jadi Daie Tauladan.

    Program Akademi Dakwah 5.0 kali ini memfokuskan kepada memperkasakan belia dengan kefahaman Islam melalui bengkel-bengkel, aktiviti atau kajian mendalam, berdakwah dengan iman yang kukuh, berfikiran tajam dan kritis, serta memantapkan belia dengan berakhlak mulia demi perubahan positif dalam masyarakat.

    Sebarang pertanyaan, bolehlah layari beliadaie di Instagram atau hubungi talian Belia Daie di 7209170.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda