Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 SEPT – Pendaftaran bagi Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H akan dibukakan bermula esok.
Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS,selaku Urus Setia Musabaqah menjelaskan bahawa borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah dihadapkan tidak lewat 4 Oktober depan secara dalam talian melalui pautan https://bit.ly/mhq1445H dan media sosial urus setia seperti Weblog, pppq-mabims.blogspot.com; Facebook, pppq.mabims (official); Instagram, PPPQ.MABIMS (official), dan Telegram, PPPQ.MABIMS (official)
Untuk keterangan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS di talian 2237512 atau melalui aplikasi WhatsApp di talian 7204964.
