Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaftaran bagi Peperiksaan SPB sudah dibuka

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OGOS – Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan telah membukakan pendaftaran Peperiksaan Sijil Perdagangan Brunei (SPB) bagi November 2020.
    Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya menjelaskan, pendaftaran peperiksaan dibukakan kepada calon-calon yang berdaftar di Bahagian Pendidikan Lanjutan (BPL) dan calon-calon persendirian.

    Borang pendaftaran dan keterangan lanjut yang berkaitan dengan pendaftaran bolehlah diperolehi daripada Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan semasa waktu pejabat dibuka mulai esok (1 September) hingga 1 Oktober depan.

    Kenyataan menambah, Jabatan Peperiksaan hanya akan menerima borang pen-daftaran yang telah lengkap pada setiap Isnin hingga Khamis di sebelah pagi, mulai pukul 8 pagi hingga 11 pagi dan sebelah petang, mulai 1:30 petang hingga 3 petang dan Sabtu, dari 8 pagi hingga 10 pagi.

    Keterangan lanjut bolehlah dirujuk dalam Surat Pemberitahuan, Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, Bilangan 9/2020.

    Borang-borang pendaftaran peperiksaan yang telah lengkap berserta dengan dokumen yang dikehendaki hendaklah dikembalikan ke Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan tidak lewat 1 Oktober 2020.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda