Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaftaran dalam talian program latihan MRL kini dibuka

    KUALA LUMPUR, 1 Jan – Pendaftaran dalam talian program latihan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) kini dibuka sehingga 3 Jan, 2018.

    MRL dalam satu kenyataan kelmarin berkata program latihan selama tiga bulan, yang dikenali sebagai Program Latihan Kemahiran Industri East Coast Rail Link (ECRL) atau ringkasnya, PLKI-ECRL, bertujuan untuk mewujudkan kemahiran teknikal tempatan dalam industri pembinaan rel kereta api di samping melengkapkan penubuhan Pusat Kecemerlangan Rel Kebangsaan.

    “Kursus ini memberi tumpuan kepada bidang reka bentuk dan pembinaan rel kereta api dan selaras dengan pembentukan Pusat Kecemerlangan Rel Kebangsaan yang akan mengawasi penyelarasan kualiti dan akreditasi pendidikan industri rel kebangsaan,” kara syarikat itu.

    Program latihan tersebut adalah hasil kerjasama antara MRL, China Communications Construction Company (CCCC) dan Universiti Malaysia Pahang yang akan melatih sehingga 3,600 pelajar yang berminat dalam industri rel dari 2017-2022.

    MRL berkata pengambilan pertama 49 pelatih yang terdiri daripada 21 orang pemegang diploma dan 29 pemegang ijazah Sarjana Muda pada September, baru sahaja tamat pengajian dan akan memulakan kerja pada Januari 2018.

    “Sementara itu, 148 pelatih telah mendaftar sejak Disember 2017 yang terdiri daripada pemegang Sijil Kemahiran Malaysia yang sedang mengikuti latihan peningkatan kemahiran ‘concretor’ (pengkonkrit), ‘formworker’, ‘bar bender’, ‘hydraulic excavator’ (pengorek hidrolik), ‘wheel loader’ serta ‘tester’ (penguji). – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda